Tuesday, November 25, 2008

Bab ke 8

Bab ke 8 nih, kita nak tengok apa2 yang boleh ditambahbaik (improvement) yang boleh dibuat kepada data2 yang ada dalam blog nih. Kepada yang rajin dan sudi membuat penyelidikan (research - macam masa belajar dulu) sangat dialu2kan untuk mengemaskini data yang ada (fine tune),
1. Mencari keturunan Hj Abdullah (Hj Soleh) di Kg Beremban, Patani, Selatan Thailand -
bagaimana ?
Teknologi DNA memungkinkan penemuan tersebut. Katakanlah saya menghantar tisu saya ke makmal untuk mendapatkan profile DNA. Apabila kita bertemu dengan waris2 disana (Generasi ke4 dan kebawah), yang membuat pengakuan mereka daripada keturunan Hj Abdullah, kita boleh mendapatkan tisu mereka (rambut, bulu ari2 dll) untuk di DNA dan dipadamkan dengan data DNA kita ada.
Bagaimana hendak kesana. Saya ada mengenali seorang Pengusaha Bot laut dalam di Chendering yang sama2 mengerjakan haji bersama2 dengan saya pada tahun 2000. Pekerja2 beliau di 5 bot laut dalam kesemuanya berasal dari Patani kecuali tekong. Beliau pernah mengajak kesana untuk mencari waris keturuan Hj Abdullah. Bunyi macam mustahil, tetapi boleh menjadi kenyataan jika ada kesungguhan. Boleh start dengan search di Internet.

2. Membuat sedikit penyelidikan bagaimana baju besi Hj Muda boleh berada di Muzium Bukit Losong, Kuala Terengganu dengan mendapatkan maklumat dari karikatur muzium dan sebagainya atau sekurang2nya mendapatkan photonya dulu. Boleh juga dikaitkan kepada Peristiwa penentangan ulama2 Terengganu kepada penjajahan Inggeris yang diketuai oleh Hj Abdul Rahman Limbong serta ketelibatan Hj Abdullah dan anak2 beliau (jika ada terlibat).

3. Membuat Penyelidikan bagaimana Hj Muda belajar agama dengan Tok Ku Paloh di losong yang membawa kepada pemergian Hj Muda ke Makkatul Mukarramah dengan Tok Ku Paloh kesana, Tahun bila dan bagaimana ?

4. Membuat penyelidikan di Kg Barat, Hulu Marang tentang kehidupan awal Hj Abdullah - Hj Muda - Mat Amin serta isteri2 mereka termasuk juga selaras senapang yang dibawa. Keadaan sebelum perang dunia ke2, semasa kedatangan Jepun ke Hulu Marang dan selepasnya.

5. Menyelidik penempatan Mat Amin di Alur Nipah, Kg Pulau Kerengga perkembangan keluarga tersebut sehingga ke Sura Hujung, Dungun serta bagaimana 'Pok Loh Keling' yang juga tinggal di Alur Nipah berpindah ke Tanjung Belor bersama Hj Omar b Kadir (Pok Long Mor) serta Hj Jusoh sendiri (ayah) .

5. Menyelidik anak2 Hj Muda yang tinggal di Kg Sentol Patah saperti keluarga Yahya (sepupu Hj Jusoh), Manan serta keluarganya serta hubungan keluarga yang lain.

Semua kerja2 menyelidik boleh dijalankan sedikit demi sedikit dengan memberitahu kaum keluarga yang dekat dan jauh serta melayari blog 'hjmudapatani.blogspot.com' ini untuk mengembangkan data2 yang ada kepada yang lebih besar dan tepat.

Saya bercadang pada masa hadapan semua kaum keluarga Hj Muda Patani boleh berkumpul beramai2 pada satu hari yang sangat istimewa saperti pada hari perasmian semula Masjid Hj Muda di Kg Barat (kewangan boleh diushakan) - insyaallah moga2 menjadi kenyataan.

Ramai yang masih tak tahu/tak arif/tak faham apa itu blog ?. Secara ringkasnya lihat attachemnt ini

Apakah itu blog ?

Terbitkan pandangan Dapatkan maklum balas
Siar foto , Jalankan mudah alih
Blog adalah tapak web yang mudah diguna, yang mana anda boleh catat buah fikiran dengan pantas, berinteraksi dengan orang dan lain-lain lagi. Semuanya PERCUMA !

Data2 yang dibuat diblog akan terus ada disitu sehingga teknologi ini masih ada. Maklumat serta gambar2 yang ada di blog dapat di acess oleh ramai orang pada setiap masa dimana jua di dunia ini secara serentak dan dikongsi dengan hanya mengetahui kewujudan nama blog. Tidak saperti kita ada sebiji buku dan sekeping gambar hanya pemilik seorang sahaja dapat menghayati pada satu2 masa.

wassalam

No comments: