Saturday, October 11, 2008

Salasilah Hj Muda Al Patani - Bab 1

LATAR BELAKANG

Semasa gerakan mendapatkan Pemerintahan Autonomi Islam di Wilayah Islam Patani di Selatan Siam sekitar tahun 40'an dimana soldadu2 Siam membunuh dan menawan para laki2, Hj Abdullah Al Patani (juga dikenali dengan nama Hj Soleh) melarikan diri daripada soldadu2 tersebut bersama dengan 2 orang anak laki2 beliau ke Terengganu (Muda & Mat Amin).
Mereka menaiki Perahu Besar mudik melalui Sungai Marang dengan membawa bersama garam, Baju Besi dan Selaras Senapang Patah. Mereka menduduki Kg Barat, Ulu Marang dan mengusakan tanaman padi. Mereka juga memulakan kehidupan di Kg Barat serta mendirikan Masjid yang dikenali dengan nama Masjid Kg Barat sekarang ini.
Setelah beberapa tahun bertanam padi bersama kedua anak2nya dan keadaan di Selatan Siam telah agak reda beliau (Hj Abdullah @ Soleh), telah kembali semula ke Wilayah Patani serta menghembuskan nafas terakhirnya disana.
Tinggallah kedua2 anak2 beliau di Kg Barat meneruskan kerja bertani. Disamping bertani Muda belajar agama dengan Tokoh Ilmuan Agama terkenal di Losong Kuala Terengganu yaitu To'Ku Paloh. Dengan To'Ku Paloh beliau bersama2 menunaikan Fardu Haji. Selepas itu beliau dikenali dengan nama Hj Muda Patani serta berkahwin dengan penduduk tempatan. Beliau juga mewarisi Baju Besi dan Senapang Patah ayahanda beliau.
Mat Amin kemudiannya membuat perkampongan baru di Kg Pulau Kerengga (dihadapan Penjara Terbuka sekarang) ditepi sungai setelah berkahwin dengan penduduk tempatan disitu.
Semasa terjadinya penentangan menentang Inggeris di Terengganu yang di ketuai oleh Hj Abdul Rahman Limbong, baju besi tersebut telah dipinjam oleh DYMM Sultan Zainal Abidin dan akhirnya disimpan oleh pihak Muzium Negeri Terengganu.
Senapang Patah beliau disembunyikan daripada askar2 Jepun tatkala Jepun menyerang Tanah Melayu semasa Perang Dunia ke2. Laras senapang beliau diwasiatkan sebagai nisan kubur semasa beliau meninggal dunia dan telah reput sekitar tahun 60'an.
Hj Muda Patani di kuburkan bersebelahan dengan Masjid Kg Barat.

Moderator
Hj Abdul Rahman B Hj Jusoh (Walid)
e-mail: rahmaju@petronas.com.my
rahmaju@gmail.com
Mobile: 019 915 0007
019 920 7017
Kajian lanjut diperlukan!