Wednesday, November 12, 2008

Bab ke 2

Generasi Pertama,
Adalah Hj Abdullah Patani sendiri juga dikenali dengan nama Hj Soleh. Siapa isterinya di Patani ?, Berapa orang anak beliau selain daripada Hj Muda dan Mat Amin tidak pula diketahui. Namun secara asasnya, Soldadu Siam biasanya memburu orang laki2 sahaja. Jadi mungkin Hj Abdullah mempunyai 2 anak laki2 sahaja (theori) atau mungkin lebih. Kajian mendalam diperlukan.
Hj Abdullah kembali semula ke Patani (ada maklumat mengatakan nama kampung di Patani itu ialah Kampung Bembam) setelah keadaan disana agak reda. Kira2 sebelum perang dunia kedua.

Generasi Kedua (nama blog kita)
Adalah Hj Muda dan Mat Amin. Dengan siapa beliau berkahwin tidak pula diketahui (perlu kajian lanjut). Hj Muda meneruskan kehidupannya sebagai petani di Kg Barat dekat masjid. Beliau dikurniakan dengan 7 orang anak,
1. Aminah
2. Abdullah
3. Halimah - rasanya masa Tokki Hj Mohd & Tok Hjh Munah pergi haji dalam tahun 1974/5, kami pernah jaga dia dirumah aboh sekarang.
4. Ismail (ayah kepada Sulaiman (Pok Long Man) ayah kepada Mek Long (Hjh Juhari) dalam kampong.
5. Esah
6. Hj Mohd (Tokki kepada Moderator) - keluarga kita turun dari sini.
7. Hj Mustafa (Pok Su Pok Kg Barat - ayah Mek Teh, Mat Pok Su Pok, Mek Hawa, Suaibah, Manan, Osman, Kamariah dan Ramlah)

Mat Amin pula difahamkan meneruskan kehidupan di Pulau Kerengga (Kg Hujung Da, ditepi sungai/Alor depan Penjara Terbuka Marang, tempat banyak pokok nyior - Pok Loh Keling ayah Usop & Ka'ya pernah tinggal disana sebelum pindah ke Tanjung Belor). Dengan siapa beliau berkahwin, berapa orang anak tidak pula diketahui. Cuma yang pasti ada seorang anak beliau bernama Kadir (Ayah kepada Pok Long Mor). Anak Kadir hanya 2 sahaja yang diketahui yaitu Pak Long Mor (Omar b Kadir) dan Pok Ngoh Adam Tuman (Adam b Kadir). Perlu kajian Lanjut.





Kami berasa amat terharu, Jumaat saya pada 14 Oct 2008 mendapati nama masjid ini telah diubah nama dari Masjid Kg Barat kepada Masjid Hj Muda.

Pembinaan semula berwajah baru sedang giat dijalankan hasil sumbangan orang ramai.




















Osman b Hj Mustapha (Generasi ke4) berada di kubur Hj Muda dan ayahanda beliau Hj Mustapha bersebelahan Masjid Hj Muda di Kg Barat.















Kubur Hj Muda Patani (batu nesan putih - sebelah kiri) dan kubur Hj Mustapha (batu nesan kelabu - sebelah kanan).

Insyaallah dimasa yang terdekat, kami akan mengusahakan papan tanda serta membersihkan kawasan tersebut.










Majlis tahlil telah diadakan pada 14 Oct 2008 bertempat di rumah peninggalan Hj Jusoh b Hj Mohd (generasi ke4) kampung Tanjong Belor. juga dihadiri oleh Ayah Su (Ustz Hj Endut b Hj Mohd) dan Pok Teh (Hj Ibrahim b Hj Mohd) juga dari generasi ke4, generasi ke5 dan juga ke6.

Insyaaallah dimasa2 yang akan datang, akan terus diadakan lagi majlis seumpama ini dan akan dihadiri oleh ramai lagi generasi Hj Muda Patani.



wassalam









No comments: