Wednesday, November 26, 2008

Bab ke 9

Berita2 Semasa

1. Setinggi tahniah dan syabas kepada Noor Ain Zunairah (anak Hjh Zaharah), Aiman (anak Alias) dan Noor Izzatul Ain (anak Selamah) kerana mendapat keputusan yang baik dalam UPSR 2008 baru2 nih.

2. Farurozi b Ismail (anak Selamah) akan melangsungkan perkahwinannya pada 13 Dec 2008 di Felda New Zealand dan pada 20 Dec 2008 di Jengka 7, semua di jemput hadir.

3. Insyaaalah saya bercadang untuk mengadakan Qurban pada hari raya haji pertama (Isnin) di rumah pusaka Kg Tanjong Belor. Semua dijemput hadir ! - tahun ini Insyaalah kita dapat kerbau.

4. Iddiin (anak Hj Ab Rahman) telah selamat berkhatan pada 22 Dec 2008. Selamat menempuh bahagian ke2 kehidupan menjelang remaja. Dia bercita2 nak jadi Hafiz yang berpendidikan sains.

wassalam.






Sebelum bersama kawan2.












Selepas kesaorangan

Tuesday, November 25, 2008

Bab ke 8

Bab ke 8 nih, kita nak tengok apa2 yang boleh ditambahbaik (improvement) yang boleh dibuat kepada data2 yang ada dalam blog nih. Kepada yang rajin dan sudi membuat penyelidikan (research - macam masa belajar dulu) sangat dialu2kan untuk mengemaskini data yang ada (fine tune),
1. Mencari keturunan Hj Abdullah (Hj Soleh) di Kg Beremban, Patani, Selatan Thailand -
bagaimana ?
Teknologi DNA memungkinkan penemuan tersebut. Katakanlah saya menghantar tisu saya ke makmal untuk mendapatkan profile DNA. Apabila kita bertemu dengan waris2 disana (Generasi ke4 dan kebawah), yang membuat pengakuan mereka daripada keturunan Hj Abdullah, kita boleh mendapatkan tisu mereka (rambut, bulu ari2 dll) untuk di DNA dan dipadamkan dengan data DNA kita ada.
Bagaimana hendak kesana. Saya ada mengenali seorang Pengusaha Bot laut dalam di Chendering yang sama2 mengerjakan haji bersama2 dengan saya pada tahun 2000. Pekerja2 beliau di 5 bot laut dalam kesemuanya berasal dari Patani kecuali tekong. Beliau pernah mengajak kesana untuk mencari waris keturuan Hj Abdullah. Bunyi macam mustahil, tetapi boleh menjadi kenyataan jika ada kesungguhan. Boleh start dengan search di Internet.

2. Membuat sedikit penyelidikan bagaimana baju besi Hj Muda boleh berada di Muzium Bukit Losong, Kuala Terengganu dengan mendapatkan maklumat dari karikatur muzium dan sebagainya atau sekurang2nya mendapatkan photonya dulu. Boleh juga dikaitkan kepada Peristiwa penentangan ulama2 Terengganu kepada penjajahan Inggeris yang diketuai oleh Hj Abdul Rahman Limbong serta ketelibatan Hj Abdullah dan anak2 beliau (jika ada terlibat).

3. Membuat Penyelidikan bagaimana Hj Muda belajar agama dengan Tok Ku Paloh di losong yang membawa kepada pemergian Hj Muda ke Makkatul Mukarramah dengan Tok Ku Paloh kesana, Tahun bila dan bagaimana ?

4. Membuat penyelidikan di Kg Barat, Hulu Marang tentang kehidupan awal Hj Abdullah - Hj Muda - Mat Amin serta isteri2 mereka termasuk juga selaras senapang yang dibawa. Keadaan sebelum perang dunia ke2, semasa kedatangan Jepun ke Hulu Marang dan selepasnya.

5. Menyelidik penempatan Mat Amin di Alur Nipah, Kg Pulau Kerengga perkembangan keluarga tersebut sehingga ke Sura Hujung, Dungun serta bagaimana 'Pok Loh Keling' yang juga tinggal di Alur Nipah berpindah ke Tanjung Belor bersama Hj Omar b Kadir (Pok Long Mor) serta Hj Jusoh sendiri (ayah) .

5. Menyelidik anak2 Hj Muda yang tinggal di Kg Sentol Patah saperti keluarga Yahya (sepupu Hj Jusoh), Manan serta keluarganya serta hubungan keluarga yang lain.

Semua kerja2 menyelidik boleh dijalankan sedikit demi sedikit dengan memberitahu kaum keluarga yang dekat dan jauh serta melayari blog 'hjmudapatani.blogspot.com' ini untuk mengembangkan data2 yang ada kepada yang lebih besar dan tepat.

Saya bercadang pada masa hadapan semua kaum keluarga Hj Muda Patani boleh berkumpul beramai2 pada satu hari yang sangat istimewa saperti pada hari perasmian semula Masjid Hj Muda di Kg Barat (kewangan boleh diushakan) - insyaallah moga2 menjadi kenyataan.

Ramai yang masih tak tahu/tak arif/tak faham apa itu blog ?. Secara ringkasnya lihat attachemnt ini

Apakah itu blog ?

Terbitkan pandangan Dapatkan maklum balas
Siar foto , Jalankan mudah alih
Blog adalah tapak web yang mudah diguna, yang mana anda boleh catat buah fikiran dengan pantas, berinteraksi dengan orang dan lain-lain lagi. Semuanya PERCUMA !

Data2 yang dibuat diblog akan terus ada disitu sehingga teknologi ini masih ada. Maklumat serta gambar2 yang ada di blog dapat di acess oleh ramai orang pada setiap masa dimana jua di dunia ini secara serentak dan dikongsi dengan hanya mengetahui kewujudan nama blog. Tidak saperti kita ada sebiji buku dan sekeping gambar hanya pemilik seorang sahaja dapat menghayati pada satu2 masa.

wassalam

Bab ke 7

Lain2 Hubungan

Bab ke7 nih, kita akan selidik sedikit lain2 hubungan terutama sebelah Tok (Hjh Kalsom bt Ali). Ibu dan Ayah Tok bernama Hjh Fatimah bt Mamat (Tok Teh - meninggal pada 20 Mei 1982 di Kg Tanjong Belor dan dikebumikan di kubur Bukit Kolam).
Masa ni, saya masih lagi bertugas dengan MAS di Airport Subang. Saya tak sempat jumpa pada saat kematiannya. Bila saya sampai petang tu, jenazah telah dikebumikan. Allahyarhamah selalu menyebut nama saya minta dibelikan 'jeruk kelubi'. Semoga Allah swt mencucuri rahmat kepada roh Tok Teh dan menempatkannya bersama orang2 yang Soleh - Amin
Beliau mengerjakan haji pada tahun 1974 melalui Kapal Bunga Raya pada ketika itu. Saya berkesempatan menyambut beliau di Pelabuhan Kelang pada tahun tersebut. Ayah Tok bernama Tokki Ali b (tak ingat - nanti kita tanya Tok) . Tinggal di Kg Bukit Kayu Kelat. Tapak rumah beliau adalah di belakang kedai Pok Teh Lah dan Juwariah sekarang. Meninggal dunia sekitar tahun 1965.
Adik beradik Tok 5 orang semuanya;
1. Hj Saleh b Ali (Pok Long Leh - meninggal dunia pada 18 Mei 1999 di Kg Bukit Kayu Kelat dan dikebumikan di kubur Bukit Kolam)
Saya selalu menzairahi beliau bila ada kelapangan. Rumahnya kecil atas bukit. Saya teringat bagaimana beliau digigit oleh 'beruk' dan terpaksa dibawa ke hospital. Pergi menunaikan haji dengan Ustz Sulaiman b Salleh dari Kg Bukit Gegading (kawan sekolah saya semasa di SMU Marang) sekitar awal 90'an.
2. Ismail b Ali (Pok Ngoh Weil - ayah Mansor, Lek dll), meninggal dunia tahun 90'an sakit dalam perut di Kg Bukit Kayu Kelat. Pernah kena penyakit TB dan dirawat di HNZ. Mansor (anak sulong beliau) juga meninggal kerana sakit dalam perut (barah usus), sekitar akhir tahun 90' an juga.
3. Hj Ibrahim b Ali (Pok Chik Him Peroh) - masih ada.
4. Tok Sendiri ( Hj Kalsom bt Ali)

Gambar di ambil sebelum mengerjakan umrah Ramadhan pada tahun 1996.
5. Abdullah b Ali (Pok Teh Lah - Juwariah).
Adik beradik Tok Nah (Hjh Munah bt Mamat) tak pasti berapa orang ( nanti tanya Ayah Su atau Pok Teh Him), yang pasti ialah Hjh Saripah bt Mamat (Tok Su Pah - meninggal dunia pada 13 Feb 2002 di HNZ K Trg dan dikebumikan di kubur Bukit Kolam).
Semasa beliau meninggal dunia di HNZ tiada kenderaan untuk membawa pulang jenazah. Saya menggunakan kereta Waja saya sambil di papah oleh Hamid dan Di Ayah Su di bahagian belakang kereta. Semasa berkereta dari HNZ ke Kg Bukit Kayu Kelat melalui jalan Marang, ramai yang kehairanan dan pelik.
Pok Long Leh (Hj Saleh b Ali - bapa sedara saya) berkahwin dengan Hjh Saripah b Mamat (adik beradik2 Tok Noh - Tok Sedara saya). Mereka tidak dikurniakan anak. Hanya ada seorang anak angkat Kassim b Muda yang tinggal diatas bukit Kg Bukit Kayu Kelat sekarang ini. Mahani bt Hj Jusoh pernah juga menjadi anak angkat mereka tetapi telah berpisah bila Mahani meningkat remaja.

wassalam

Saturday, November 22, 2008

Bab ke 6

Generasi ke6
Generasi ke6 Hj Muda Patani melalui , Hj Mohd dan Hj Jusoh adalah anak2 dan anak2 saudara kepada Ismail @ Aziz b Hj Jusoh (boleh disenaraikan daripada album keluarga)

Generasi ke7
Generasi ke7 adalah cucu dan cucu saudara kepada Ismail @ Aziz b Hj Jusoh (boleh disenarai dari album keluarga)

Setakat ini dah sampai sampai generasi ke7.

wassalam.

Wednesday, November 19, 2008

Bab ke 5

Generasi ke5
Generasi ke5 Hj Muda Patani ialah anak2 Hj Jusoh b Hj Mohd dan Hjh Kalsom bt Ali, Anak2 Hj Ibrahim b Mohd dan anak2 Ustz Hj Endut b Hj Mohd.
Anak2 Hj Jusoh b Hj Mohd ada 11 orang kesemuanya.



Hjh kalsom Bt Ali, ibu, tok, yang sangat2 dicintai.
Tinggal belajar agama di Pondok Al Mahfatim, di Kg Tok Mucong, Jalan Wakaf Tapai, Marang.

' Ya Allah kuniakan lah sebesar2 kebaikan kepada ibu kami, sebagaimana yang telah engkau kurniakan kepada orang2 yang engkau kehendaki. Penuhilah kehidupannya dengan keberkatan mu Ya Allah, Ya Rabbul Alamin '







1. Keluarga Ismail @ Aziz tinggal di Rusila

No3, Taman Desa Darul Iman, 21080 Rusila,
Trg, 09 617 8596
1. Mohd Farid - Site Agent, Kluang, Johor.
019 924 5739
2. Mohd Aminudin - Maktab Pulau Pinang
019 958 8920
3. Mohd Hazwan - F6, SM Lela Segara
013 909 6372
4. Mohd Arif Azizi - Risda, Jln Ampang
013 942 1671
5.Noraini (Amy) - Jbt Perangkaan, K Trg
019 9401138
6. Ismail - Pesara, 013 972 1602
7. Zahrah - Jbt Perangkaan, K Trg
013 952 0038
Tiada dalam Gambar
8. Norhamiza - Perpustakaan, Kg Bukit Diman
019 906 5895
9. Saiful Bahari b Muda (menantu) - Pej Tanah Marang
013 919 1409
10. Nur Khairuunnisa Alya bt Saiful Bahari (cucu) - 3 tahun
11. Dr Norliana - HBKL
019 967 4954
12. Megat Ridzuan b Megat Amat (menantu) - Nestle Shah Alam
013 204 4955

2. Keluarga Selamah tinggal di Jengka
C183, Felda Kenanga Jengka 7, 26410 Bandar Jengka, Pahang. 09 467 1380
1. Mohd Tarmizi - Auditor KLIA Cons.
012 235 6339
2. Mohd Kamirul Asyraf - SM Jengka 6
014 268 2878
3. Fakrurozi - Ass Mgr, BIMB, KL
017 325 2546
4. Ismail b Ali - Peneroka, Jengka 7
5. Selamah - Surirumah
6. Noor Izzatul Ain - SK LKTP Jengka 7



Tiada dalam gambar

7. Samsiah (Nizam)
8. Mansor b Pauzi (menantu) - Peniaga kedai Mara Jengka 7
019 966 4109
9. Nurul Nadwa (cucu) - Poly JB
012 696 8324
10. Iskandar Zulkarnain (cucu) - SM Jengka 6
11. Nurul Syafika (cucu) - SM Jengka 6
12. Iskandar Hafizi (cucu) - SK LKTP Jengka 7
13. Iskandar Zulfeqar - Tadika Jengka 7
14. Saiful Afandi - Pembantu Am, Senawang, Seremban
012 936 1808
15. Siti Fatimah bt Abdullah (menantu) - Guru, SK Alor Gajah
019 975 0504
16. Putera mikail Haikal (cucu) - Tadika Alor Gajah
17. Putera Israfil Adam (cucu) - Tdika Alor Gajah
18. Syahiful din - Juruteknik KENSHEISHA, Bangi
012 692 7065
19. Norizal bt Sulaiman (menantu) - Ops KENSHEISHA, Bangi
012 624 5149
20. Nur Ain Sofiyya (cucu) - 3 thn

3. Keluarga Abdul Wahab di Kruak
No3, Taman Sri Wangi,
Felcra Gugusan Kruak,
22010 Jerteh, Besut, Trg.
09 606 0268
1. Abdul Wahab - Peneroka, 014 802 9385
2. Maimu bt Mat Idris - Surirumah
3. Hartini - Comp Scns, UiTM Shah
Tiada Dalam Gambar
4. Inadiani - SPR, Kuantan, 019 990 0939
5 . Fairo Anizan b Ibrahim (menantu)
Eskekutif Perkeso, Bentong, Pahang
019 923 0056


4. Mahani tinggal di Kuala Berang dan meninggal dunia pada 7 Ogos 1988
1. CT Norliani bt Mat Nordin - Surirumah
Bukit Mertajam, Pulau Pinang
012 464 3106
2. Normawati bt Mat Nordin - Jururawat HNZ
K Trg. 012 634 2769
3. Adik Da - meninggal dunia 1986 (3 tahun)
4. Md Nooraman b Md Yunos (menantu)
Kilang Gula, Seberang Perai
012 596 0001
5. Nur Anis Affyna - 4 tahun
6. Ahmad Ariff Hakimi - 2 tahun
7. Nur Ain Aqilah - 1 tahun


5. Keluarga Hj Abdul Rahman tinggal di Dungun

13, Taman Jejawi, 23000 Dungun, Terengganu
09 844 2736 / 09 845 5950 (tel/fax)
1. Hj Abdul Rahman - Executive Petronas Penapisan, Kerteh
019 915 0007
2. Hjh Zahara - PT UiTM Dungun
019 953 9565
3. Iza Amira Nadzirah - Account, UiTM Dungun
013 298 1878
4. Ahmad Haniff Jufri - Engineering, UiTM S Alam
013 222 0447
5. Ruth Edi na Amaliah - SMU Marang
013 990 3530
5. Ahmad Lutfi Iddiin - SRI Al Amin, Dungun
013 920 7107



6. Keluarga Hamid tinggal di Mercang

Jalan SK Mercang
21600 Marang, Terengganu
09 832 1063
1. Hamid - PT SM Seri Serating
019 915 0022
2. Zakariah bt Hj Zakaria - Peniaga
013 966 2928
3. Nur Syafira - SMU Durian Guling
4. Nur Shazlin - SMU Durian Guling
5. Ahmad Aidil Imran - SK Mercang




7. Keluarga Hjh Zaharah tinggal di Tanjong Belor
(Rumah Pusaka)
B15, Kg Tanjong Belor
W/P Pengkalan Berangan
26140 Marang, Terengganu.
1. Hjh Zaharah - Guru, SK Jenang
019 948 5083
2. Hj Mohd Ubadillah b Hj Ibrahim - Guru, SK Felda Tersat. 09 680 1780
3. Fathin NoorAziera - MRSM Besut
4. Noor Ain Zunairah - SK Pengkalan Berangan
5. Mohd Zikrillah - SK Pengkalan Berangan
6. Muhammad Azzuhairi - 3 tahun



8. Keluarga Alias tinggal di Kemaman

11971, Jalan Pinang, Mak Chili,
24000 Cukai, Kemaman, Terengganu.
09 859 5035
1. Alias - Coordinator, Huntsman Tioxide
019 915 4041
2. Suraya bt Hj Harun - Surirumah
3. Ahmad Shahir Aiman - 12 tahun, SK Sultan Ismail
4. Ahmad Asnawi - 11 tahun,SK Sultan Ismail
5. Ahmad Asron - 4 tahun




9. Meninggal sewaktu dilahirkan pada tahun 1970 (laki2)

di kembumikan di Kubur Kg Macham Grehem.

10. Keluarga Mohd Azri tinggal di Kemaman

8754, Bandar Baru Bukit Mentok,
24000 Cukai, Kemaman, Terengganu.
1. Mohd Azri - Process Tech Huntsman Tioxide
019 915 2448
2. Anita bt Mohammed - Surirumah
3. Mohammad Afiq Fiqri - 6 tahun
4. Mohammad Aidil Haqimi - 4 tahun
5. Mohammad Adam Izzuddin - 3 tahun





11. Keluarga Mohd Azahar tinggal di Seremban (kembar kepada Mohd Azri)

319A , Kg Rahang Kecil, 70100 Seremban, NS
1. Mohd Azahar - Peniaga
019 664 2611
2. Siti Kamisah bt Ujang - Mahkamah Tinggi Seremban. 019 202 6528
3. Siti Aisyah Nabilah - 1 tahun








Gambar2 semasa Eidul Fitri 1429H/2008M di Rumah Pusaka



Saturday, November 15, 2008

Bab ke 4

Generasi ke Empat
Generasi ke4 adalah anak2 Hj Mohd b Hj Muda dan Kadir (telah diceritakan dalam bab yang ke3).
Hasil perkahwinan Hj Mohd b Hj Muda dan Hjh Munah bt Mamat, mereka telah dikurniakan dengan 3 orang putera;
1. Hj Jusoh b Hj Mohd - tinggal di kampung Tanjong Belor dan meninggal dunia pada 23 Ogos 2003
2. Hj Ibrahim b Mohd - tinggal di kampung Bukit Batu Itek (Pesara)
3. Ustz Hj Endut b Hj Mohd - tinggal di kampung Tanjung Belor (Pesara)






Papan tanda kubur Hj Jusoh b Hj Mohd di kampung Bukit Kolam.






Kubur 3 beranak di kampung Bukit Kolam;
1. Hj Mohd b Hj Muda - meninggal dunia pada 14.08.1986 (paling kanan)
2. Hjh Munah bt Mamat - meninggal dunia pada 07.09.1995 (tengah)
3. Hj Jusoh b Hj Mohd - meninggal dunia pada 23.08.2003 (tepi kiri)






Yasin peringatan di keluarkan selepas setahun kematian Hj Jusoh b Hj Mohd.
Gambar allahyarham diambil sebelum berangkat menunaikan Umrah Ramadhan pada tahun 1996 bersama Hjh Kalsom (isteri), Hj A Rahman & Hjh Zahara.

wassalam.



Bab ke 3

Generasi Ke 3
Anak2 Hj Muda dan isterinya (belum diketahui siapa - perlu penyelidikan) yang tinggal di Kg Barat berdekatan dengan masjid 7 orang kesemuanya. 3 perempuan dan 4 laki2. Kesemua mereka telah meninggal dunia.
1. Aminah - dipercayai tinggal di kampung Sentul Patah
2. Abdullah - juga dipercayai tinggal di kampung Sentul Patah
3. Halimah - tinggal di kampung Sentul Patah, menghabiskan sisa hidup dirumah Hj Mohd dan Hjh Munah di kampung Tanjung Belor dan meninggal dunia sekitar tahun 1975.
4. Ismail - tinggal di kampung Batu Itek, ayah kepada Sulaiman (Pok Long Man) cucunya ialah Hjh Juhari (isteri Pok Long Kor)
5. Esah - tidak diketahui tinggal dimana.
6. Hj Mohd - juga tinggal di kampung Batu Itek. Menghabiskan sisa hidup di kampung Tanjong Belor. Menunaikan haji pada tahun 1974 bersama isteri Hjh Munah dan meninggal dunia pada 14 Ogos 1986. Hjh Munah meninggal dunia pada 7 Sept 1995 dan dikebumikan di kubur kampung Bukit Kolam.
7. Hj Mustapha - anak bongsu Hj Muda, tinggal di kampung Barat dan meninggal dunia sekitar tahun 90'an dan dikembumikan disebelah makam ayahanda beliau Hj Muda di tanah perkuburan kampung Barat berdekatan dengan masjid.

Sementara sebelah Mat Amin puls (generasi ke2, dipercayai tinggal di kampung Pulau Kerengga), tidak pula diketahui berapa orang anak beliau. Cuma yang pasti ada seorang anak laki2 bernama Kadir. Anak2 Kadir pula 3 orang semuanya Hj Omar (tinggal dikampung Tanjung Belor, isteri bernama Hjh Sulong - masih ada), Adam (Pok Ngoh Adam - tinggal dan meninggal di kampung Tuman) dan Semek (juga tinggal dan meninggal di kampung Tuman) .
Hj Omar b Kadir (generasi ke4) dan isteri beliau Hjh Sulung tinggal dikampung Tanjong Belor mereka memperolihi 8 orang anak;
1. Ismail - tinggal di kampung Bukit Baru
2. Weyah - tinggal di kampung Bukit Kayu Kelat
3. Melah (allahyarhamah) - tinggal di Felda Nerang
4. A Rahman - tinggal di kampung Bukit Baru
5. Salleh - tinggal di Felda Cheneh
6. Zulkifli (allahyarham) - tinggal di Bukit Tunggal
7. Ibrahim (allahyarham) - tinggal di kampung Tanjung Belor
8. Mamat - tinggal di Pasir Gudang, Johor.









Kubur Hj Mustapha b Hj Muda (generasi ke3) , bersebelahan dengan masjid Hj Muda di kampung Barat (batu nesan berwarna kelabu)











Papan tanda kubur isteri kepada Hj Mohd b Hj Muda, Hjh Munah bt Mamat (Tok Noh). Meninggal dunia pada 7 Sept 1995 di
rumah anak beliau Hj Ibrahim di kampung Bukit Batu Itek dan disemadikan di perkuburan kampung Bukit kolam


















Papan tanda kubur Generasi ke3 Hj Muda, Hj Mohd b Hj Muda, meninggal dunia pada 14 Ogos 1986 (sehari sebelum raya haji) dan disemadikan di kampung Bukit Kolam







wassalam.

Wednesday, November 12, 2008

Bab ke 2

Generasi Pertama,
Adalah Hj Abdullah Patani sendiri juga dikenali dengan nama Hj Soleh. Siapa isterinya di Patani ?, Berapa orang anak beliau selain daripada Hj Muda dan Mat Amin tidak pula diketahui. Namun secara asasnya, Soldadu Siam biasanya memburu orang laki2 sahaja. Jadi mungkin Hj Abdullah mempunyai 2 anak laki2 sahaja (theori) atau mungkin lebih. Kajian mendalam diperlukan.
Hj Abdullah kembali semula ke Patani (ada maklumat mengatakan nama kampung di Patani itu ialah Kampung Bembam) setelah keadaan disana agak reda. Kira2 sebelum perang dunia kedua.

Generasi Kedua (nama blog kita)
Adalah Hj Muda dan Mat Amin. Dengan siapa beliau berkahwin tidak pula diketahui (perlu kajian lanjut). Hj Muda meneruskan kehidupannya sebagai petani di Kg Barat dekat masjid. Beliau dikurniakan dengan 7 orang anak,
1. Aminah
2. Abdullah
3. Halimah - rasanya masa Tokki Hj Mohd & Tok Hjh Munah pergi haji dalam tahun 1974/5, kami pernah jaga dia dirumah aboh sekarang.
4. Ismail (ayah kepada Sulaiman (Pok Long Man) ayah kepada Mek Long (Hjh Juhari) dalam kampong.
5. Esah
6. Hj Mohd (Tokki kepada Moderator) - keluarga kita turun dari sini.
7. Hj Mustafa (Pok Su Pok Kg Barat - ayah Mek Teh, Mat Pok Su Pok, Mek Hawa, Suaibah, Manan, Osman, Kamariah dan Ramlah)

Mat Amin pula difahamkan meneruskan kehidupan di Pulau Kerengga (Kg Hujung Da, ditepi sungai/Alor depan Penjara Terbuka Marang, tempat banyak pokok nyior - Pok Loh Keling ayah Usop & Ka'ya pernah tinggal disana sebelum pindah ke Tanjung Belor). Dengan siapa beliau berkahwin, berapa orang anak tidak pula diketahui. Cuma yang pasti ada seorang anak beliau bernama Kadir (Ayah kepada Pok Long Mor). Anak Kadir hanya 2 sahaja yang diketahui yaitu Pak Long Mor (Omar b Kadir) dan Pok Ngoh Adam Tuman (Adam b Kadir). Perlu kajian Lanjut.





Kami berasa amat terharu, Jumaat saya pada 14 Oct 2008 mendapati nama masjid ini telah diubah nama dari Masjid Kg Barat kepada Masjid Hj Muda.

Pembinaan semula berwajah baru sedang giat dijalankan hasil sumbangan orang ramai.




















Osman b Hj Mustapha (Generasi ke4) berada di kubur Hj Muda dan ayahanda beliau Hj Mustapha bersebelahan Masjid Hj Muda di Kg Barat.















Kubur Hj Muda Patani (batu nesan putih - sebelah kiri) dan kubur Hj Mustapha (batu nesan kelabu - sebelah kanan).

Insyaallah dimasa yang terdekat, kami akan mengusahakan papan tanda serta membersihkan kawasan tersebut.










Majlis tahlil telah diadakan pada 14 Oct 2008 bertempat di rumah peninggalan Hj Jusoh b Hj Mohd (generasi ke4) kampung Tanjong Belor. juga dihadiri oleh Ayah Su (Ustz Hj Endut b Hj Mohd) dan Pok Teh (Hj Ibrahim b Hj Mohd) juga dari generasi ke4, generasi ke5 dan juga ke6.

Insyaaallah dimasa2 yang akan datang, akan terus diadakan lagi majlis seumpama ini dan akan dihadiri oleh ramai lagi generasi Hj Muda Patani.



wassalam