Saturday, November 15, 2008

Bab ke 3

Generasi Ke 3
Anak2 Hj Muda dan isterinya (belum diketahui siapa - perlu penyelidikan) yang tinggal di Kg Barat berdekatan dengan masjid 7 orang kesemuanya. 3 perempuan dan 4 laki2. Kesemua mereka telah meninggal dunia.
1. Aminah - dipercayai tinggal di kampung Sentul Patah
2. Abdullah - juga dipercayai tinggal di kampung Sentul Patah
3. Halimah - tinggal di kampung Sentul Patah, menghabiskan sisa hidup dirumah Hj Mohd dan Hjh Munah di kampung Tanjung Belor dan meninggal dunia sekitar tahun 1975.
4. Ismail - tinggal di kampung Batu Itek, ayah kepada Sulaiman (Pok Long Man) cucunya ialah Hjh Juhari (isteri Pok Long Kor)
5. Esah - tidak diketahui tinggal dimana.
6. Hj Mohd - juga tinggal di kampung Batu Itek. Menghabiskan sisa hidup di kampung Tanjong Belor. Menunaikan haji pada tahun 1974 bersama isteri Hjh Munah dan meninggal dunia pada 14 Ogos 1986. Hjh Munah meninggal dunia pada 7 Sept 1995 dan dikebumikan di kubur kampung Bukit Kolam.
7. Hj Mustapha - anak bongsu Hj Muda, tinggal di kampung Barat dan meninggal dunia sekitar tahun 90'an dan dikembumikan disebelah makam ayahanda beliau Hj Muda di tanah perkuburan kampung Barat berdekatan dengan masjid.

Sementara sebelah Mat Amin puls (generasi ke2, dipercayai tinggal di kampung Pulau Kerengga), tidak pula diketahui berapa orang anak beliau. Cuma yang pasti ada seorang anak laki2 bernama Kadir. Anak2 Kadir pula 3 orang semuanya Hj Omar (tinggal dikampung Tanjung Belor, isteri bernama Hjh Sulong - masih ada), Adam (Pok Ngoh Adam - tinggal dan meninggal di kampung Tuman) dan Semek (juga tinggal dan meninggal di kampung Tuman) .
Hj Omar b Kadir (generasi ke4) dan isteri beliau Hjh Sulung tinggal dikampung Tanjong Belor mereka memperolihi 8 orang anak;
1. Ismail - tinggal di kampung Bukit Baru
2. Weyah - tinggal di kampung Bukit Kayu Kelat
3. Melah (allahyarhamah) - tinggal di Felda Nerang
4. A Rahman - tinggal di kampung Bukit Baru
5. Salleh - tinggal di Felda Cheneh
6. Zulkifli (allahyarham) - tinggal di Bukit Tunggal
7. Ibrahim (allahyarham) - tinggal di kampung Tanjung Belor
8. Mamat - tinggal di Pasir Gudang, Johor.









Kubur Hj Mustapha b Hj Muda (generasi ke3) , bersebelahan dengan masjid Hj Muda di kampung Barat (batu nesan berwarna kelabu)











Papan tanda kubur isteri kepada Hj Mohd b Hj Muda, Hjh Munah bt Mamat (Tok Noh). Meninggal dunia pada 7 Sept 1995 di
rumah anak beliau Hj Ibrahim di kampung Bukit Batu Itek dan disemadikan di perkuburan kampung Bukit kolam


















Papan tanda kubur Generasi ke3 Hj Muda, Hj Mohd b Hj Muda, meninggal dunia pada 14 Ogos 1986 (sehari sebelum raya haji) dan disemadikan di kampung Bukit Kolam







wassalam.

No comments: