Bab ke7 nih, kita akan selidik sedikit lain2 hubungan terutama sebelah Tok (Hjh Kalsom bt Ali). Ibu dan Ayah Tok bernama Hjh Fatimah bt Mamat (Tok Teh - meninggal pada 20 Mei 1982 di Kg Tanjong Belor dan dikebumikan di kubur Bukit Kolam).

Beliau mengerjakan haji pada tahun 1974 melalui Kapal Bunga Raya pada ketika itu. Saya berkesempatan menyambut beliau di Pelabuhan Kelang pada tahun tersebut. Ayah Tok bernama Tokki Ali b (tak ingat - nanti kita tanya Tok) . Tinggal di Kg Bukit Kayu Kelat. Tapak rumah beliau adalah di belakang kedai Pok Teh Lah dan Juwariah sekarang. Meninggal dunia sekitar tahun 1965.
Adik beradik Tok 5 orang semuanya;
1. Hj Saleh b Ali (Pok Long Leh - meninggal dunia pada 18 Mei 1999 di Kg Bukit Kayu Kelat dan dikebumikan di kubur Bukit Kolam)

2. Ismail b Ali (Pok Ngoh Weil - ayah Mansor, Lek dll), meninggal dunia tahun 90'an sakit dalam perut di Kg Bukit Kayu Kelat. Pernah kena penyakit TB dan dirawat di HNZ. Mansor (anak sulong beliau) juga meninggal kerana sakit dalam perut (barah usus), sekitar akhir tahun 90' an juga.
3. Hj Ibrahim b Ali (Pok Chik Him Peroh) - masih ada.
4. Tok Sendiri ( Hj Kalsom bt Ali)

Gambar di ambil sebelum mengerjakan umrah Ramadhan pada tahun 1996.
5. Abdullah b Ali (Pok Teh Lah - Juwariah).
Adik beradik Tok Nah (Hjh Munah bt Mamat) tak pasti berapa orang ( nanti tanya Ayah Su atau Pok Teh Him), yang pasti ialah Hjh Saripah bt Mamat (Tok Su Pah - meninggal dunia pada 13 Feb 2002 di HNZ K Trg dan dikebumikan di kubur Bukit Kolam).

Pok Long Leh (Hj Saleh b Ali - bapa sedara saya) berkahwin dengan Hjh Saripah b Mamat (adik beradik2 Tok Noh - Tok Sedara saya). Mereka tidak dikurniakan anak. Hanya ada seorang anak angkat Kassim b Muda yang tinggal diatas bukit Kg Bukit Kayu Kelat sekarang ini. Mahani bt Hj Jusoh pernah juga menjadi anak angkat mereka tetapi telah berpisah bila Mahani meningkat remaja.
wassalam
No comments:
Post a Comment