Friday, July 17, 2009

Membaca Israk & Mikraj

Ringkasan peristiwa Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh
malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam,
dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya.
Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W.
Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatamin nubuwwah".
Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi
oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat
Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan
bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada
Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi
gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-
peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman
mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula
seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad
"Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali
ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh
Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun)
bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang
dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu
dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala
mereka untuk sujud (sembahyang).

 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka
(qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka
Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging
mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri / suami.
 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah
orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.
 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka
dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah
dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang
yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri
tidak melakukannya.
 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku
tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.

 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.
Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi
sudah terlambat.
 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan
pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata
Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.

 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh
Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke
tua.

 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia
yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu
dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail
memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala
mereka untuk sujud (sembahyang).
 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka
(qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka
Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak
mengeluarkan zakat harta mereka.
 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging
mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina
sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai
isteri / suami.
 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya
memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah
orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.
 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka
dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah
dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang
yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri
tidak melakukannya.

 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku
tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah
(mencela, menghinakan) orang.
 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit.
Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah
orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi
sudah terlambat.
 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan
pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata
Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian
kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia
daripada akhirat.
 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh
Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke
tua.
 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk
bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia
yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian
masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua
rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana
yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya.
Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu
dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail
naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
 Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang
yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang
rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki
bergantung pada susu penzina perempuan.
 Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu
masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
 Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
 Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S.
yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
 Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi.
Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh
oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk
70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
 Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu
bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-
Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi
Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam
ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk
umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA
QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A.S. bersabda,
"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik
tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR
dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi
orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok
dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah
dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-
Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan
pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban
pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-
ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-
unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat
neraka berserta dengan Malik penunggunya.
Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-
Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan
Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur
'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya
tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan
Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata
kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan
Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T
: Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan
Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-
kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan
kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan
kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai
jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat
dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang
buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau
lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T
: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai
penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan
umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan
keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan
tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan
kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di
akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di
bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan
Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan
semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu)
sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S.
kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W.
merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan
jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali
dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan
sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya
sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis.
Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang
kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu
18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah
sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih
penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi
meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa
Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh
pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa
mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-
benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan
berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji
umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-
orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak
mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita
kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan
kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala
telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan
hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang
telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian
dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar
lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).

Wallahu A’alam.

Semuga renungan kisah isra' wa mikraj dapat membina kekuatan dan keyakinan kita semua kepada kudrat dan iradat AlLah swt.

Salam hurmat dan salam ukhuwah

1 comment:

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini.

Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal Golongan Si Kitul dan Raja Mandeliar yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA