Thursday, December 11, 2008

Bab ke 10

Assalamualaikum wr wb
Kaifahaluka



Sehari sebelum Aidil Adha baru2 ini (Ahad, 7 Dec 2008), saya berkesempatan mengunjungi semula Masjid Hj Muda di Kg Barat.
Pada sebelah paginya saya berkesempatan minum di kedai Tn Hj Mohamad b Hj Mustapha (Mat Pok Su Pok - generasi ke4)di kedai roti canai beliau di Kg Pengkalan Berangan. Diantara maklumat tambahan/terbaru yang saya dimaklumkan/di kongsi bersama;
1. Perahu besar yang membawa Hj Abdullah @ Hj Soleh (generasi pertama) yang datang ke Terengganu sebelum perang dunia ke2 juga terdapat bersama2 dengan kaum - keluarga serta sahabat handai yang lain dan mereka2 ini mendapatkan penempatan yang berselerak di seluruh Negeri Terengganu (terutama berdekatan dengan pantai/sungai).
2. Hj Muda ke Makkatul Mukarramah dibiayai oleh Tn Syed Al Sagof dari Kg Losong/Cabang Tiga. Dimaklumkan Syed Al Sagof adalah juga murid Tokku Paloh.
3. Baju besi Hj Muda ada tersimpan dibahagian kelengkapan perang di Muzium Losong didalam almari.
4. Hj Mohamad mengesahkan beliau ada bertemu dengan penduduk tempatan daripada kg Lubuk Lesung (maklumat saya kg Beremban) Patani semasa beliau menunaikan Haji pada tahun 90'an yang mengenali keturunan Hj Muda Patani.
5. Beliau juga pernah berjumpa seorang yang sangat mirip rupanya dengan Hj Mustapha di Kuala Terengganu tahun 90'an dan beliau sangat mempercayai orang itu adalah sanak saudara Hj Muda Patani tetapi sekarang telah hilang jejak.

Moga2 maklumat yang berkembang sebegini dapat memperkayakan (enrichment)blog ini.

wassalam

No comments: